Pada
10.1.2017, Unit B&K telah mengadakan orientasi Tingkatan 4.
Tujuan utama orientasi ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada
para pelajar mengenai pendidikan di Tingkatan 4 sama ada aliran sastera
atau sains. Selain itu, para pelajar juga diberi pendedahan mengenai
pendidikan kemahiran di kolej Vokasional atau Institut swasta. Pihak
pengurusan juga diberi peluang untuk berkongsi dengan pelajar mengenai
isu-isu pendidikan masa kini. Pihak HEM berkongsi dengan pelajar
mengenai disiplin dan tanggungjawab pelajar, manakala PK Kokurikulum
mengambil peluang mendaftarkan pelajar dalam aktiviti sukan, kelab dan
permainan sepanjang tahun. Program ini dilaksanakan sepanjang sesi
persekolahan.
0 comments:
Post a Comment