N/A

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

Thursday 21 November 2019

Guru Berpindah

Sekolah akan kehilangan dua orang guru yang komited iaitu Cikgu Angeline dan Cikgu Rita Nge yang akan berpindah ke Sekolah di daerah Sibu.  Cikgu Angeline akan berpindah ke SMK deshon manakala Cikgu Rita Nge akan berpindah ke SMK Rosli Dhoby.  Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang guru ini,  semoga mereka berkhidmat dengan penuh dedikasi di stesen yang baru.





Wednesday 13 November 2019

Ceramah Antirokok

Pada 22.10.2019,  Unit B&K dan Asrama mengadakan ceramah antirokok kepada pelajar asrama.  Tujuan ceramah ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai bahaya rokok kepada kesihatan.  Selain itu tujuan ceramah ini ialah mendidik pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat.  Ceramah ini disampaikan oleh cikgu Louis Pasu dan Cikgu Hare.







Majlis Restu ilmu Form 6

Pada 1.11.2019,  Unit B&K kerjasama dengan Tingkatan 6 mengadakan majlis restu ilmu.  Tujuan majlis ini ialah untuk meningkatkan semangat dan motivasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan semester STPM.  Para pelajar telah mendengar ucapan ringkas daripada pengetua,  PK 1,  HEM dan Pk Tingkatan 6.  Para pelajar juga mendengar motivasi daripada Cikgu Louis Pasu.  Para pelajar kemudian bersalaman dengan para guru dan seterusnya semua pelajar dan guru berdoa dan akhir sekali menjamu selera. Majlis ditangguhkan pada jam 1000 pagi.







Bengkel Peningkatan di Kolej Laila Taib


Pada 19.9.2019,  Persatuan GBK Zon Sibu mengadakan bengkel peningkatan di Kolej Laila Taib.  Tujuan bengkel ini ialah untuk membina peningkatan diri dalam ilmu psikologi dan kaunseling.  Selain para guru B&K berkongsi pendapat mengenai tugas-tugas utama serta isu-isu terkini murid di sekolah.  Bengkel ini dimulakan seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 430 petang.



Motivasi oleh Risda Sibu

Pada 23.10.2019,  pihak sekolah didatangi oleh pegawai-pegawai RISDA dari Sibu.  Tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk menyampaikan motivasi kerjaya kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6.  Seramai 83 orang pelajar tingkatan 5 dan 6 menyertai ceramah kerjaya ini.  Program ini dimulakan seawal jam 0800 pagi dan tamat 1200 tengah hari.  Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti.








Majlis keberkatan ilmu Form 3

Pada 27.9.2019,  Unit B&K telah menganjurkan majlis keberkatan ilmu untuk pelajar Tingkatan 3.  Tujuan majlis ini ialah untuk memberikan semangat dan memberkati segala usaha pelajar selama ini sebelum menduduki PT3.  Walaupun PT3 bukan peperiksaan seperti PMR,  pentaksiran ini masih mengukur kemajuan pelajar dalam ujian akademik.  Selepas majlis keberkatan,  para pelajar diberikan taklimat mengenai peraturan menduduki PT3 pada 2-9.10.2019.







Team building

Pada 7.9.2019, sekolah mengadakan aktiviti team building untuk para guru dan kakitangan sokongan di Taman Hen Hua Sibu.  Tujuan aktiviti ini ialah untuk merapatkan hubungan di antara kakitangan sekolah,  mengurangkan stress serta menanam semangat berpasukan.  Aktiviti yang dilaksanakan ialah berbentuk aktiviti pertandingan dalam kumpulan.  Selain aktiviti team building,  pada hari yang sama turut diadakan hari keluarga.  Kanak-kanak dilibatkan dalam aktiviti mewarna dan sukaneka.  Program ditamatkan pada jam 1200 tengah hari.











Ziarah Cakna

Pada 28.2.2019,  Pk hem dan beberapa orang guru melawat pelajar di Rumah Dindang.  Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan sikap,  halatuju dan masa depan anak-anak.  Selain itu tujuan lawatan ini ialah untuk merapatkan hubungan diantara sekolah dengan komuniti setempat.






Jom ke sekolah peringkat kebangsaan

Pada 18.2.2019,  pihak sekolah mengadakan program jom ke sekolah peringkat kebangsaan di dataran perhimpunan.  Kali ini program ini dihadiri oleh Inspektor Azuan bin Muhamad dari IPD Sibu (Jabatan Siasatan Jenayah).  Tujuan program ini diadakan ialah untuk menjalinkan kerjasama diantara sekolah dengan Polis dalam usaha membanteras pelbagai gejala salah laku dikalangan pelajar.  Para pelajar mendengar amanat daripada Menteri Pendidikan yang dibaca oleh Cikgu Louis,  manakala amanat KPN dibaca oleh Inspektor Polis.  Majlis ditangguhkan jam 0800 pagi.








Perhimpunan Jom ke sekolah

Pada 30.1.2019,  Unit B&K mengadakan program jom ke sekolah di dataran perhimpunan melibatkan semua pelajar dan warga sekolah.  Pengisian perhimpunan ini ialah ucapan pengetua,  ucapan PK Hem,  ucapan pegawai polis Inspektor Kumares dan aku janji pelajar.  Tujuan perhimpunan ini ialah untuk membina kesedaran pelajar berkenaan pentingnya pendidikan di masa depan.  Selain itu para pelajar diberi pendedahan berkenaan peraturan dan undang-undang oleh inspektor polis.  Perhimpunan ditangguhkan pada jam 0930 pagi.