Pada 6.2.2017, pihak sekolah telah mengadakan program jom ke sekolah
peringkat kebangsaan yang dianjurkan di sekolah. Tujuan utama program
ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar supaya tahu mengenai
kepentingan pendidikan dan masa depan mereka. Justeru, para pelajar
mesti rajin ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan sebagai bekalan di
masa depan. Program ini didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd
Fariz, disusuli dengan ucapan pengetua, perutusan Menteri pendidikan
oleh Cikgu Fadly, perutusan ketua Polis Negara oleh En. Mohamad
(pegawai perhubungan polis) dan perasmian peti aduan. Berikut adalah
gambar sepanjang program :
Perutusan wakil ketua Polis Negara
Bacaan Ikrar oleh pelajar
Perasmian peti aduan
0 comments:
Post a Comment