Pengurusan Bilik PBK

GURU KAUNSELING ANDA

Cikgu Celiaulas Anak jimbai DG 48 (KUP)
Cikgu Louis Anak Pasu DG 48 (KUP Cemerlang)
Cikgu Catherine Anak Bungap DG 44 (KUP Cemerlang)

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah

MISI
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

MOTTO

INFORMASI,  KECEMERLANGAN DAN KESEJAHTERAAN

FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digemblengkan secara optimum menerusi pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,  berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,  jasmani,  emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM PELANGGAN

Memberi layanan yang mesra dan adil
Menerima klien tanpa sebarang syarat
Semua pelajar berhak mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Menyediakan suasana bilik bimbingan dan kaunseling yang teraputik
Kerahsian klien dijamin kecuali terdapat kes yang boleh mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.
Perkhidmatan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan berdasarkan temujanji
Menghormati latar belakang sosio budaya klien




0 comments:

Post a Comment