N/A

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

Wednesday 30 April 2014

Kunjungan Pelajar ke Bilik Kaunseling

Pelajar begitu aktif dan berminat datang berkongsi dengan guru-guru Bimbingan dan Kaunseling.  Berkongsi pendapat mengenai isu-siu semasa,  isu kerja,  pendidikan dan pengetahuan umum.

Tuesday 29 April 2014

Perkongsian bersama Pelajar 7A

Motivasi ini diadakan pada 5.3.2014,  Pelajar 7A berkongsi dengan rakan-rakan mereka mengenai cara belajar,  cara membahagikan masa belajar dan aktiviti lain-lain,  cara menjadi pelajar yang bijak pandai,  dan lain-lain.

Orientasi Tingkatan 4 tahun 2014

Diadakan pada 10.1.2014.  Program ini bertujuan untuk memantapkan jati diri pelajar untuk menyediakan diri dengan subjek-subjek baru di Tingkatan 4.  Selain itu,  menyediakan diri pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh di Tingkatan 4.

Orientasi Tingkatan 1 dan KP tahun 2014

Orientasi ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1 dan KP.  Peserta dianggarkan seramai 300 orang telah menyertai orientasi ini.  Tujuan orientasi ini diadakan ialah supaya para peserta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah baru.  Selain itu,  para peserta tidak malu untuk bergaul dan mengenali rakan baru,  para peserta mengetahui peraturan-peraturan sekolah dan guru-guru baru mereka.

Lawatan Ke Rumah Pelajar Yang Sakit

Guru Bimbingan dan Kaunseling,  guru tingkatan dan ketua bidang bersama-sama melawat pelajar yang sakit.  Lawatan ini bertujuan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar yang sakit supaya mereka terus bersemangat dan dapat bersekolah semula.

PROGRAM PEMANTAPAN PENGAWAS ASRAMA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2014

Diadakan 3 hari 2 malam pada 28.4.2014 - 30.4.2014 di SMK Luar Bandar No. 1 Sibu.  Seramai 200 peserta dari Zon Tengah Sarawak.  Sekolah-sekolah zon tengah yang terlibat ialah SMK Luar Bandar No. 1 Sibu,  SMK Song,  SMK Katibas,  SMK Jalan Oya,  SMK Durin,  SMK Agama Sibu,  SMK Rosli Dhoby dan SMK Bawang Asan.  Program ini bertujuan untuk membina keberkesanan pengawas asrama dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas di asrama dalam usaha memberi impak yang positif dalam pembangunan diri,  rakan dan sekolah.  Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang program pemantapan ini.  Maklumat lanjut mengenai jadual program boleh didownload pada bahagian berikut. (Download jadual program )  Download juga jawatankuasa program peringkat sekolah.

Motivasi Tingkatan 6 atas tahun 2014

Motivasi ini diuruskan oleh Guru kaunseling Cikgu Louis Pasu.  Diadakan pada 20.4.2014.  Seramai 29 orang pelajar tingkatan 6 atas yang terlibat.  Motivasi ini bertujuan untuk menaikkan semangat juang pelajar untuk belajar dan berusaha meningkatkan pencapaian diri dalam akademik,  kokurikulum dan sahsiah.  Motivasi ini juga disampaikan oleh PK HEM Cikgu Hassan Bin Samu,  Ketua Bidang Bahasa Cikgu Busang.

Monday 14 April 2014

Risk from smoking



 

How stress affects the body

 


10 skills for modern teachers









Bahan jpeg yang boleh dikongsikan para guru.

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

sumber :  http://www.macam-2.com/2008/01/35-petua-pelajar-cemerlang-dari-dr.html

HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK!

HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK!
Oleh: Haslinda Lukman

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah  masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibubapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

UJIAN IMAN
Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati  apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)
DARJAT DI SISI ALLAH
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan  seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu  sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."  ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Penutup
Ujian yang datang  juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

sumber : http://www.islam.gov.my/en/hadapi-masalah-dengan-bijak-cahaya-oktober 

Menangani ketagihan merokok

 http://www.ismajordan.com/wp-content/uploads/2013/03/rokok1.jpg

Rokok merupakan satu perkara yang begitu sinonim dan dikenali dalam kalangan masyarakat manusia di seluruh pelusuk muka bumi ini sama ada di timur mahupun barat. Rokok juga merupakan antara item yang terlaris jualannya di pasar dunia pada hari ini dan ini menunjukkan bahawa rokok mendapat sambutan yang begitu tinggi dari pelbagai bangsa dan negara di seluruh dunia. Rokok telah wujud sejak berabad-abad tahun dahulu lagi, di mana pernah menjadi peristiwa ketika pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 masihi) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam negara.
Para saintis juga mendedahkan bahawa penduduk tempatan Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau. Kemudinnya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492. Tabiat merokok yang asalnya dari aktiviti mengunyah tembakau berkembang pesat di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880.
Dan pada zaman kini, rokok menjadi sesuatu yang amat kontroversi dan panas dalam perbincangan dari segi hukum menghisapnya dalam kalangan orang Islam. Terdapat dua pandangan yang timbul mengenai hukum merokok melalui persepakatan para ulama’ iaitu haram dan harus dan yang nyata serta jelasnya adalah haram. Ini kerana, setelah kajian demi kajian dilakukan mendapati bahawa rokok banyak mendatangkan kemudaratan dari kemaslahatan terhadap diri perokok dan masyarakat sekeliling dari sudut kesihatan, kewangan, nilai moral, alam sekitar dan lain-lain lagi. Segala perkara yang mendatangkan kemudaratan melebihi kemaslahatan dari sudut syara’ adalah haram kerana maqasid syariah datang adalah bertujuan untuk membawa kemaslahatan dan kerahmatan kepada seluruh umat.Allah berfirman:
“Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk.” (Al-A`raf : 57)
Allah s.w.t turut melarang kita dari mencampakkan diri kedalam kebinasaan seperti mana firmanNya:
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Al-  Baqarah : 195)
 
Gambar 1: Kesan merokok

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah daripada 1 juta dalam pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta pada tahun 2004. Jumlah ini dianggarkan menigkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. Jumlah kematian yang dianggarkan ini hampir menyamai jumlah kematian orang awam dalam Perang Dunia Pertama. Jadi ini menunjukkan bahawa bertapa bahayanya rokok sehingga mampu mengancam kelansungan bilangan manusia pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, setiap insan sama ada dia perokok ataupun tidak amatlah dipertanggungjawabkan untuk menangani dan menghapuskan sepenuhnya tabiat dan keketagihan merokok dalam diri setiap perokok.
Terdapat beberapa kaedah dan perlaksanaan yang boleh diamalkan oleh mereka yang tidak merokok dalam proses memulihkan perokok dan perokok dalam proses menangani dan menghapuskan tabiat merokok dalam diri mereka. Antaranya adalah datang dari institusi keluarga iaitu peranan Ibu bapa dalam menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak walaupun sibuk dengan kehidupan dan kerjaya. Ibu bapa tidak terlalu bebas membenarkan anak-anak bergaul dengan rakan sebaya kerana rakan sebaya merupakan salah satu punca yang membawa kepada tabiat merokok.Sentiasa menerangkan kepada anak-anak akan keburukkan yang akan dihadapi apabila merokok sejak dari kecil lagi kerana kanak-kanak amatlah mudah mendengar kata dan nasihat berbanding dewasa. Disamping itu, ibu bapa perlu mengambil tahu masalah anak-anak untuk mengelakkan mereka daripada stress yang mendorong kepada mereka untuk merokok. Menjauhi anak-anak daripada kehidupan yang terlalu mewah, memberi wang ketika diperlukan sahaja. Jadi ibu bapa jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka dalam hal mendidik anak-anak dengan sebaiknya demi masa hadapan mereka dan masyarakat kerana merekalah akan bakal mencorak masyarakat masa hadapan.
Selain itu, bagi diri perokok pula, anda hendaklah sentiasa menanam keazaman dan kesungguhan yang tinggi dalam diri untuk berhenti dari merokok. Perubahan tersebut hendaklah bermula dengan tegasnya dari dalam diri anda sendiri kerana perubahan memerlukan kepada faktor luaran dan dalaman. Masyarakat hanya mampu memenuhi faktor luaran sahaja selebihnya adalah pada diri anda sendiri. Sentiasalah memikirkan tentang akibat buruk yang akan anda dan orang terdekat anda hadapi sekiranya anda terus dengan tabiat merokok anda. Perkara ini sedikit sebanyak menyedarkan anda untuk lebih menghargai dan mensyukuri kesenangan dan kenikmatan yang diberi tuhan pada waktu itu. Jadi bertegaslah terhadap diri dan jiwa anda dalam menyusuri jalan perubahan kerana perubahan yang baik memerlukan kepada ketegasan dalam diri.
Pada masa yang sama juga, pihak kerajaan dan yang bertanggungjawab juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah tabiat merokok dalam kalangan masyarakat. Antaranya, kerajaan boleh untuk menaikkan harga rokok di pasaran bagi menyukarkan masyarakat membeli rokok dan seterusnya mengurangkan peluang mereka untuk merokok. Walaupun dengan menaikkan harga rokok tidak boleh memberhentikan seseorang terus daripada merokok tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan pengambilan rokok dalam sehari oleh perokok tersebut dan lama kelamaan akan terus berhenti. Disamping itu, pihak kerajaan turut boleh melaksanakan tindakan undang-undang kepada golongan yang merokok di kawasan awam secara terbuka sepertimana dilaksanakan di kampus institusi-institusi pengajian tinggi dan hospital yang mana ditetapkan sebagai zon dilarang merokok. Perkara ini sedikit sebanyak dapat mengekang hajat seseorang perokok untuk terus merokok.
Dalam hal berhenti merokok, menagguhan dan berlengahan itu adalah salah satu perkara yang perlu walaupun dalam perkara kebaikkan yang lain ia amatlah ditegah. Penagguhan dan perlengahan ini adalah penting kerana ia dapat menghalang seseorang itu untuk terus melazimi kebiasaannya merokok pada sesuatu masa. Perokok boleh mengisi masanya dengan melaksanakan perkara lebih bermanfaat untuk mengalih perhatian dari merokok pada ketika itu dan seterusnya mengabaikan terus untuk rokok pada ketika itu. Perokok juaga perlulah sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dengan makan makanan yang berkhasiat dan banyakan bersenam. Amalan ini dapat mengurangkan selera dan keinginan anda untuk merokok kerana badan anda akan sentiasa menginginkan elemen yang sihat sejahtera dan menolak yang tidak sihat seperti rokok. Akhir sekali, seseorang yang ingin berubah hendaklah sentiasa memohon dan berdoa kepada Allah agar sentiasa diberi kekuatan dan kesungguhan dalam menjalani proses perubahan ini sehingga berjaya.
Kesimpulannya, tabiat merokok mengundang kepada permasalahan dalam pelbagai aspek dan merupakan punca seseorang mendapat penyakit kanser yang mana merupakan pembunuh utama di Malaysia. Bilangan perokok sentiasa bertambah dari tahun ke setahun terutamanya dalam kalangan remaja. Oleh itu, disarankan beberapa langkah untuk mengatasi tabiat merokok yang mana diletak dalam setiap aspek yang menjadi faktor seseorang merokok iaitu aspek keluarga, masyarakat, diri sendiri dan kerajaan. Setiap langkah yang dicadangkan diharapkan dapat dipraktikkan sekaligus berjaya mengatasi dan mengurangkan jumlah perokok di Malaysia. Jadi katakan ‘Tak Nak’ pada rokok.
Disediakan Oleh
Muhammad Afiq Adzrin bin Mohd Puaat,
Tahun 1 Perubatan,

Jordan University of Science and Technology 

sumber : http://luqmanafifi.ismajordan.com/?p=4894

10 Cara Mengatasi Masalah Malas

Nasihat Dari: Abg. Joe – Bijak Study
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Ada seorang parent mengadu kepada Abg. Joe tentang sifat anaknya yang pemalas. Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang Abg. Joe kongsikan di bawah ini:
  1. Amalkan doa mengelak diri dari malas
  2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
  3. Teknik 10 Minit Aje
  4. Banyak membaca bahan motivasi
  5. Susun dan mudahkan jadual anda
  6. Rehat dan tidur yang cukup
  7. Bersenam dan beriadah
  8. Berkawan dengan orang yang positif
  9. Amalkan teknik pernafasan
  10. Suarakan moto anda
Ada satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas. Abg. Joe cuba search doa tersebut dalam Google tapi setakat ini belum terjumpa lagi. Kalau adik-adik ada terjumpa, kongsi-kongsikanlah di sini.
Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.
Contohnya jika adik-adik rasa malas ke sekolah di waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, adik-adik akan membuang segala perasaan malas adik-adik.

sumber :   http://tipsbelajar.wordpress.com/2008/03/15/10-cara-mengatasi-masalah-malas/

CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI

Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat. Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam.
Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala , globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah “dunia tanpa sempadan”. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.
Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikanCabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara ‘glokal’ yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini dapat dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita materialistik dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan perlaksanaan FPN dalam sistem pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya tidak dianggap suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya suatu teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai komersil untuk masa depan pelajar.
Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar.

Menangani Stress

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa. 

Menangani disiplin remaja

Menangani disiplin remaja

MASALAH disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barangkali terbiasa dengan kesalahan pelajar-pelajar seperti memonteng sekolah, melawan guru, menghisap rokok di sekolah dan sebagainya.
Namun, fenomena kini adalah amat membimbangkan kerana mengikut mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral di kalangan pelajar walaupun menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004, ia mewakili 100,000 bilangan pelajar daripada 5.5 juta.
Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita berasa selamat dan selesa. Sebabnya bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi bilangan yang ramai itu. Banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan remaja melakukan salah laku moral ini dan beberapa pihak harus sama-sama menangani permasalahan ini.
Faktor-faktor salah laku disiplin
Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga untuk mereka meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menjadikan anak-anak lepas bebas untuk membuat keputusan sendiri.
Lebih menyedihkan jika ada anak- anak yang membesar dengan asyik melihat pertengkaran dan pergaduhan di rumah mereka. Ketiadaan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tidakpuas hati remaja mendorong remaja ini untuk meluahkannya bersama rakan sebaya di luar rumah, terutamanya di sekolah. Akibatnya kepincangan dari rumah dibawa ke sekolah dan masalah amat sukar diatasi melainkan akar masalah tersebut dapat diatasi.
Selain itu remaja juga mengalami fasa perubahan, di mana kadangkala remaja mengalami masalah konflik diri dan mencari-cari identiti diri. Keperluan diri mula bertambah dan remaja mula meminta pandangannya dihormati sedangkan sekelilingnya menolak. Kurangnya pengetahuan dalam mengawal emosi menyebabkan remaja memberontak dan kadangkala bertindak di luar batasan. Emosi remaja umumnya tidak stabil pada peringkat ini dan kefahaman yang tinggi daripada ibu bapanya amatlah perlu dalam menangani sebarang isu yang dikemukakan.
Remaja yang bermasalah juga seringkali berada di bawah pengaruh rakan yang memberi contoh tidak baik.
Ketiadaan sokongan, nasihat dan pemantauan yang berterusan menyebabkan kecenderungan remaja melakukan perkara-perkara yang tidak baik lebih kuat. Banyak masa dihabiskan di sekolah, justeru rakan-rakan adalah terdekat yang mereka ikuti. Guru-guru mempunyai keterbatasan waktu, dalam mengimbangi tugas menghabiskan subjek dan mendidik pelajar.
Fahaman bahawa rakan-rakan lebih memahami perasaan mereka menyebabkan remaja lebih mempercayai rakan-rakan dalam membuat suatu keputusan. Budaya berseronok dan suka mencuba sesuatu yang baru juga antara lain menjadi faktor penggalak kepada permasalahan ini.
Maka langkah-langkah yang proaktif dan kolektif harus diambil untuk menangani masalah ini. Kerajaan pada tahun lalu telah mencadangkan suatu jawatankuasa untuk membendung permasalahan ini iaitu Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin untuk memerangi masalah disiplin pelajar melalui 10 kementerian. Kementerian itu ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Kementerian Penerangan.
Langkah ini seharusnya disambut dengan kerjasama yang baik daripada semua pihak untuk menjayakannya. Namun begitu, langkah-langkah untuk menangani masalah disiplin pelajar perlu dilakukan secara menyeluruh (holistik) dan memerlukan perhatian seluruh lapisan sosial dan masyarakat.
Peranan remaja
* Mencari kawan sebaya (peers) yang betul. Umumnya, remaja banyak menghabiskan masa di sekolah bersama rakan-rakan. Pemilihan rakan sebaya yang betul dapat mengelakkan daripada terpengaruh dengan unsur-unsur yang salah. Rakan yang baik adalah rakan yang mengingatkan kita semasa kita tersalah arah dan laku. Selalunya rakan-rakan terdiri daripada orang yang sebaya dan bersependapat dalam banyak hal. Maka remaja harus berhati-hati dalam memilih rakan.
* Mendapatkan bantuan jika ada masalah. Remaja perlu mendapatkan nasihat daripada orang lain selain rakan sebaya jika menghadapi masalah di rumah atau dengan rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih suka mendiamkan diri dengan masalah mereka ataupun hanya menceritakan kepada rakan sebaya. Akibatnya, kadangkala langkah yang diambil menjadi masalah kepada orang lain kerana tidak selari dengan tuntutan agama dan undang-undang. Berbincang dengan kaunselor atau guru dapat membantu sekiranya ibu bapa dan penjaga tidak memahami masalah remaja.
* Berusaha menjadi contoh yang baik. Sikap ini harus ada pada setiap remaja kerana ia dapat membantu remaja untuk mengawal diri. Sekurang-kurangnya jka tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain, jadilah contoh dalam ahli keluarga sendiri dan juga pada diri sendiri. Rasa bersalah sekiranya melakukan kesalahan harus dibayar dengan azam untuk tidak mengulanginya lagi dan tidak berharap orang yang terdekat melakukannya.
Peranan sekolah
* Subjek yang diajar harus ada nilai tambah, iaitu menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap kelas. Kelas boleh dijalankan dengan interaktif supaya pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah dan meneruskan kelas. Elemen subjek agama dan sivik seharusnya ada dalam setiap subjek supaya remaja akan terdidik dengan nilai-nilai murni dalam setiap apa yang dipelajarinya.
* Sentiasa berbincang dengan ibu bapa. Guru kelas boleh mengambil langkah yang proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajar-pelajar kelasnya dan menghubungi ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah yang boleh membawa kepada perlakuan disiplin. Melabel murid jahat bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian. Guru kaunseling juga harus ditambah kerana pelajar boleh merujuk kepada mereka di atas apa-apa masalah yang mereka hadapi.
Peranan Keluarga
* Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.
* Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.
Peranan masyarakat dan media
* Masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja yang bermasalah seharusnya bermula dengan memahami situasi keluarga remaja berkenaan. Jiran-jiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti remaja yang bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang berhemah. Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian rancangan di televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Program-program yang disediakan seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran remaja.
Kesimpulan
Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja.
Remaja mungkin mempunyai akses melakukan apa yang mereka mahu, tetapi hanya dengan keimanan yang tinggi dan kesedaran sivik.