N/A

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

Wednesday 20 August 2014

Guru B/K Menghadiri Kursus Integriti Penjawat Awam

Pada 20.8.2014,  Guru Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Louis dan Cikgu Catherine telah menghadiri kursus integriti penjawat awam.  Kursus ini memberi kesedaran kepada penjawat awam supaya tidak mengamalkan pelbagai salah laku.  Selain itu memupuk semangat kecintaan kepada pekerjaan,  perkhidmatan,  kehidupan dan keharmonian.  Kursus ini disampaikan oleh En Abdullah dari PPD Johor.

Taklimat Diploma Vokasional

Taklimat Diploma Vokasional yang disampaikan oleh Cikgu Khairul dari kolej Vokasional Sibu.  Tujuan taklimat ini ialah untuk menggalakkan pelajar memohon kursus diploma kemahiran di Kolej Vokasional atau kolej swasta yang menawarkan tempat belajar.  pelajar yang terlibat dengan program ini ialah pelajar tingkatan 4F.

Ceramah Konsep Kendiri kepada Pengawas Asrama

Pada 16.8.2014,  Guru Bimbingan dan kaunseling Cikgu Louis diberi peluang menyampaikan ceramah konsep kendiri pemimpin kepada para pengawas asrama sekolah.  Seramai 40 orang pengawas yang menghadiri ceramah ini.  Tujuan ceramah ini ialah untuk membina kesedaran pelajar bagaimana ingin menjadi seorang pemimpin yang berkesan.

Program Motivasi Kembali Ke Sekolah Peringkat Daerah Sibu


Pada 13.8.2014,  PPD dengan kerjasama Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sibu telah mengadakan program kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar yang selalu ponteng sekolah.  Motivasi ini diadakan di Kolej Vokasional Sibu.  Seramai 70 orang pelajar yang terlibat dari pelbagai sekolah.  Tujuan utama motivasi ini ialah untuk membina kesedaran pelajar mengenai kepentingan pendidikan pada diri mereka.

Ceramah Kesihatan Dari Majlis Daerah Luar Bandar Sibu

Ceramah kesihatan ini disampaikan oleh Dr. Ali Anak Puji dari majlis Daerah Luar Bandar Sibu pada 8.8.2014.  Ceramah ini menyentuh penyakit-penyakit yang berbahaya seperti kencing tikus.  Seramai 100 orang pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini.  Tujuan utama ceramah ini ialah menggalakkan penjagaan kebersihan dan kesihatan di kalangan masyarakat.