Pada 3-6.1.2017, Unit B&K menganjurkan orientasi tingkatan 1 di
dewan Sekolah yang dihadiri seramai 270 orang pelajar. Orientasi ini
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru mengenai
persekitaran sekolah yang baru. Perkara-perkara yang dikongsikan oleh
pengetua, PK HEM, PK 1 ialah berkenaan dengan disiplin, akademik,
sukan dan permainan, peraturan dan lain-lain. Para guru B&K
mendidik pelajar cara pengurusan diri, mengenali warga sekolah,
belajar lagu sekolah, misi,visi, Teamwork dan lain-lain aktiviti.
Orientasi ini ditamatkan pada hari Jumaat pukul 1200 Tengah hari dan
pelajar memulakan sesi PDP seperti biasa pada minggu berikutnya.
Taklimat pengetua
sesi bersama Cikgu Louis
Team work bersama Cikgu Catherine
Pengurusan diri bersama Cikgu Celiaulas