N/A

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

n/a

no sentences

Thursday, 30 October 2014

Ceramah "Persediaan Melangkah Ke Tingkatan 1" pada 21.10.2014


Cikgu Louis Pasu menyampaikan ceramah persediaan melangkah ke Tingkatan 1 di SK Sentosa Sibu. 

Ceramah Motivasi Pelajar SPM dari pelbagai sekolah pada 11.10.2014


Cikgu Louis Pasu menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar SPM dari pelbagai sekolah di SMK KPG Nangka pada 11.10.2014.  Objektif ceramah ini memberi penekanan pentingnya subjek BI dan Sejarah.  selain itu membina kesedaran pelajar kepentingan pendidikan masa kini.

Wednesday, 20 August 2014

Guru B/K Menghadiri Kursus Integriti Penjawat Awam

Pada 20.8.2014,  Guru Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Louis dan Cikgu Catherine telah menghadiri kursus integriti penjawat awam.  Kursus ini memberi kesedaran kepada penjawat awam supaya tidak mengamalkan pelbagai salah laku.  Selain itu memupuk semangat kecintaan kepada pekerjaan,  perkhidmatan,  kehidupan dan keharmonian.  Kursus ini disampaikan oleh En Abdullah dari PPD Johor.

Taklimat Diploma Vokasional

Taklimat Diploma Vokasional yang disampaikan oleh Cikgu Khairul dari kolej Vokasional Sibu.  Tujuan taklimat ini ialah untuk menggalakkan pelajar memohon kursus diploma kemahiran di Kolej Vokasional atau kolej swasta yang menawarkan tempat belajar.  pelajar yang terlibat dengan program ini ialah pelajar tingkatan 4F.

Ceramah Konsep Kendiri kepada Pengawas Asrama

Pada 16.8.2014,  Guru Bimbingan dan kaunseling Cikgu Louis diberi peluang menyampaikan ceramah konsep kendiri pemimpin kepada para pengawas asrama sekolah.  Seramai 40 orang pengawas yang menghadiri ceramah ini.  Tujuan ceramah ini ialah untuk membina kesedaran pelajar bagaimana ingin menjadi seorang pemimpin yang berkesan.

Program Motivasi Kembali Ke Sekolah Peringkat Daerah Sibu


Pada 13.8.2014,  PPD dengan kerjasama Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sibu telah mengadakan program kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar yang selalu ponteng sekolah.  Motivasi ini diadakan di Kolej Vokasional Sibu.  Seramai 70 orang pelajar yang terlibat dari pelbagai sekolah.  Tujuan utama motivasi ini ialah untuk membina kesedaran pelajar mengenai kepentingan pendidikan pada diri mereka.

Ceramah Kesihatan Dari Majlis Daerah Luar Bandar Sibu

Ceramah kesihatan ini disampaikan oleh Dr. Ali Anak Puji dari majlis Daerah Luar Bandar Sibu pada 8.8.2014.  Ceramah ini menyentuh penyakit-penyakit yang berbahaya seperti kencing tikus.  Seramai 100 orang pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini.  Tujuan utama ceramah ini ialah menggalakkan penjagaan kebersihan dan kesihatan di kalangan masyarakat.

Thursday, 24 July 2014

Ceramah Cantas Sulu Ati

Ceramah cantas sulu ati yang disampaikan oleh penceramah jemputan khas dari Unit Perangkaan Sibu.  Tujuan ceramah ini ialah untuk membanteras gejala bercinta dikalangan pelajar,  selain itu membina kesedaran pelajar supaya berhenti dan tidak terjebak dengan gejala ini kerana ia lebih banyak mendatangkan kemudaratan.

Selain daripada ceramah,  penceramah mengambil peluang mengadakan doa selamat kepada semua peserta supaya bebas dari gejala negatif ini dan pelbagai gejala negatif lain supaya mereka beroleh kesenangan di masa depan.

Monday, 21 July 2014

PROMOSI Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan sekolah mengadakan promosi perkhidmatan melalui banner yang diletakkan di laluan pejalan kaki pelajar.  Tujuan utama promosi ini ialah supaya para pelajar tahu misi dan visi unit ini.  selain itu supaya pelajar tahu motto,  piagam pelanggan dan falsafah bimbingan dan kaunseling.  Ini untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan pelajar mengenai peranan kaunsleing hanya untuk mereka yang bermasalah sahaja.  Promosi ini menggalakkan pelajar tahu bahawa khidamt bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua.


Creramah Motivasi oleh Kolej MSU

Pada 22.7.2014,  kolej MSU menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar menengah atas. Pelajar yang terlibat ialah Tingkatan 6 atas dan 6 rendah.  Tujuan motivasi ini diadakan untuk memberikan semangat,  dorongan dan motivasi kepada pelajar supaya terus berusaha mengejar kejayaan di masa depan.  motivasi ini dimulakan dari pukul 1100-0130 petang.

Thursday, 10 July 2014

CERAMAH PENGURUSAN MASA DI SK BT.36 TAMIN



Pada 25.6.2014,  Guru Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Louis Pasu telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Pengurusan Masa dan cara Belajar Berkesan" oleh SK Batu 36 Tamin.  Seramai 40 orang pelajar darjah 6 telah terlibat dalam ceramah ini.  Tujuan ceramah ini adalah memberi kesedaran kepada pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa untuk belajar serta mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah lebih-lebih lagi peperiksaan UPSR akan menjelang tiba.  Selain itu ceramah ini juga mendidik pelajar kaedah cara belajar berkesan.  Ceramah dimulakan dari jam 0830-1030 pagi.


Gambar kenangan bersama penolong kanan HEM (dua dari kiri) semasa menerima sijil penghargaan.

ROGRAM SEKOLAH PENYANYANG - DASAR WARGA EMAS



Gambar kenangan semasa program dasar warga emas.  Pada 21.6.2014,  lebih kurang 20 orang warga emas telah menyertai program ini bersama-sama dengan pelajar pra sekolah dan pelajar SMK Luar Bandar No.1 Sibu.  Aktiviti ini diadakan pada pukul 0800-1000 pagi di dataran perhimpunan sekolah.  Antara aktiviti yang dilakukan ialah ucapan menghargai warga emas dan seterusnya senaman ringan.  Objektif utama program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar supaya menghormati ibu bapa,  orang tua atau warga emas.


Aktiviti senaman ringan warga emas dan para pelajar di dataran perhimpunan.


Ucapan dari Guru Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Celiaulas tentang kesedaran menghargai dan menghormati warga emas.

Thursday, 3 July 2014

Kursus Dasar PPPM 2013-2025


Pada 28.6.2014 guru bimbingan dan kaunseling Cikgu Louis terlibat dengan kursus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.  Menyertai kursus adalah satu cara untuk memantapkan perkhidmatan diri menjadi guru dan mengetahui polisi yang disampaikan oleh kerajaan.  Justeru dengan cara ini perkhidmatan pendidikan akan menjadi mantap,  dan yang akan mendapat manfaat adalah para-para pelajar sekolah. semoga ilmu yang diperolehi dari kursus ini boleh dikongsikan dengan rakan guru dan para pelajar.

Sambutan Meriah di Bilik Kaunseling



Beginilah keadaan sambutan para pelajar di bilik kaunseling.  Guru bimbingan sangat mengalu-alukan kehadiran para pelajar untuk berkongsi pelbagai isu.  dari sudut ini guru bimbingan boleh melihat dengan dekat pelajar-pelajar mereka.

Gambar kenangan bersama Universiti Malaya


Seramai 22 orang pelajar Universiti Malaya mengadakan motivasi bersama pelajar tingkatan 5 dan 6.  Selain motivasi para pelajar diberi peluang untuk melawati pameran ringkas yang diadakan.  Para pelajar juga diberi peluang untuk mencuba baju konvokesyen sebagai galakkan kepa para pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar ke peringkat ijazah.  Diatas adalah gambar kenangan peserta dengan para pelajar Universiti Malaya.

Motivasi Bersama Universiti Malaya


Sejenak bersama Universiti Malaya pada 3.7.2014 dari jam 0800 - 1230 Tengah hari.  Seramai 22 orang pelajar Universiti Malaya mengadakan motivasi bersama pelajar tingakatn 5 dan 6 di dewan seri kenyalang. Para pelajar didedahkan dengan kursus - kursus yang ditawarkan di Universiti Malaya.  Para pelajar juga didedahkan dengan syarat-syarat kemasukan,  gaya belajar universiti,  kemudahan dan sebagainya.

Thursday, 12 June 2014

UBK dengan Lembaga Pengurusan Asrama Lawatan ke Kampung Budaya, Muzium Negeri dan Jong Crocodile Farm.


Gambar kenangan di Muzium Negeri,  Lawatan ini disertai oleh 29 orang pelajar asrama.  Memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan menghargai khazanah negara.


Gambar kenangan di Kampung Budaya,  disertai 29 orang pelajar asrama.  Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai gaya dan cara hidup masyrakat peribumi sarawak.


Gambar kenangan di Jong Crocodile Farm,  disertai 29 orang pelajar asrama.  Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam flora dan fauna.

UBK dengan Lembaga Pengurusan Asrama Lawatan Ke UiTM Kuching



Gambar Kenangan di UitM Kuching.  Lawatan ini disertai oleh 29 orang pelajar asrama SMK Luar Bandar No.1 sibu.  Guru yang terlibat ialah Cikgu Shidin,  Louis,  Jit,  Fadly,  Suzantee,  Claudia dan Bangkang.  Diadakan pada 11.6.2014

UBK dengan Lembaga Pengurusan Asrama Lawatan Ke SMK Agama Sheikh Haji Othman Abd Wahab



Gambar Kenangan di SMK Agama Sheikh Haji Othman Abd Wahab di Kuching.  Lawatan sambil belajar ini disertai oleh 29 orang pelajar asrama.  Guru yang terlibat ialah Cikgu Hassan,  Shidin,  Jit,  Louis,  Fadly Suzantee,  Claudia,  Bangkang.  Diadakan pada 10.6.2014

UBK dengan Lembaga Pengurusan Asrama Lawatan Ke SMK Balai Ringin



Gambar kenangan lawatan sambil belajar ke sekolah SMK Balai Ringin.  Disertai oleh 29 orang pelajar asrama.  Guru yang terlibat ialah Cikgu Shidin,  Jit,  Louis,  Fadly,  Suzantee,  Claudia.  Tarikh lawatan pada 9.6.2014

UBK dengan Lembaga Pengurusan Asrama Membuat Lawatan Ke UNIMAS



Gambar kenangan semasa lawatan ke UNIMAS.  Lawatan ini disertai 29 orang pelajar asrama SMK Luar Bandar No.1 Sibu.  Memberi pendedahan kepada para pelajar gaya dan suasana pembelajaran di Universiti. Guru yang terlibat ialah Sidin,  Jit,  Louis,  Fadly,  Suzantee,  Bangkang dan Claudia.

Tuesday, 20 May 2014

Unit B/K dan Pengurusan Asrama membuat sambutan Hari Jadi Pelajar Asrama

Dilaksanakan pada 9.5.2014.  Objektif program ini ialah supaya adanya hubungan kasih sayang di antara guru dan pelajar.  Pelajar yang terlibat ialah pelajar lelaki asrama Rentap.

CERAMAH KESAN PERGAULAN BEBAS DAN PENYALAHGUNAAN DADAH/UBATAN


Dilaksanakan pada 19.5.2014 pukul 0800-0930 malam.  Tujuan ceramah diadakan ialah untuk membina kesedaran para pelajar bahayanya pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah/ubatan.  Peserta ceramah ini terdiri daripada pelajar asrama lelaki tingkatan 1,  KRK dan KP yang seramai 62 orang.

Monday, 12 May 2014

Ceramah Motivasi Diri

Ceramah Motivasi Diri oleh Cikgu Louis Pasu sempena orientasi Tingkatan 6 Rendah.  Ceramah ini bertujuan membina motivasi dan keyakinan diri kepada para pelajar untuk terus berjuang dengan penuh tabah dalam kehidupan harian mereka.

Ceramah Kerjaya Tingkatan 6 Rendah

Ceramah Kerjaya oleh Cikgu Celiaulas Jimbai sempena orientasi tingkatan 6 Rendah.

Ceramah Halatuju Tingkatan 6 Rendah


Ceramah Halatuju Tingkatan 6 oleh Cikgu Catherine Bungap sempena program Orientasi Tingkatan 6 Rendah.

Tuesday, 6 May 2014

Orientasi Tingkatan Rendah

Orientasi Tingkatan Rendah yang diadakan pada 7-8 Mei 2014.  Tujuan orientasi ini adalah memberi penjelasan kepada para pelajar mengenai kurikulum dan kokurikulum Tingkatan 6.  Selain itu,  diselitkan dengan ceramah Kerjaya,  Halatuju dan motivasi diri oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Friday, 2 May 2014

Welcome Back To School

Para adik pelajar yang kaki ponteng,  kembalilah semula ke sekolah supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran untuk masa depan yang terjamin di kemudian hari.

Wednesday, 30 April 2014

Kunjungan Pelajar ke Bilik Kaunseling

Pelajar begitu aktif dan berminat datang berkongsi dengan guru-guru Bimbingan dan Kaunseling.  Berkongsi pendapat mengenai isu-siu semasa,  isu kerja,  pendidikan dan pengetahuan umum.

Tuesday, 29 April 2014

Perkongsian bersama Pelajar 7A

Motivasi ini diadakan pada 5.3.2014,  Pelajar 7A berkongsi dengan rakan-rakan mereka mengenai cara belajar,  cara membahagikan masa belajar dan aktiviti lain-lain,  cara menjadi pelajar yang bijak pandai,  dan lain-lain.

Orientasi Tingkatan 4 tahun 2014

Diadakan pada 10.1.2014.  Program ini bertujuan untuk memantapkan jati diri pelajar untuk menyediakan diri dengan subjek-subjek baru di Tingkatan 4.  Selain itu,  menyediakan diri pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh di Tingkatan 4.

Orientasi Tingkatan 1 dan KP tahun 2014

Orientasi ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1 dan KP.  Peserta dianggarkan seramai 300 orang telah menyertai orientasi ini.  Tujuan orientasi ini diadakan ialah supaya para peserta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah baru.  Selain itu,  para peserta tidak malu untuk bergaul dan mengenali rakan baru,  para peserta mengetahui peraturan-peraturan sekolah dan guru-guru baru mereka.

Lawatan Ke Rumah Pelajar Yang Sakit

Guru Bimbingan dan Kaunseling,  guru tingkatan dan ketua bidang bersama-sama melawat pelajar yang sakit.  Lawatan ini bertujuan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar yang sakit supaya mereka terus bersemangat dan dapat bersekolah semula.

PROGRAM PEMANTAPAN PENGAWAS ASRAMA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2014

Diadakan 3 hari 2 malam pada 28.4.2014 - 30.4.2014 di SMK Luar Bandar No. 1 Sibu.  Seramai 200 peserta dari Zon Tengah Sarawak.  Sekolah-sekolah zon tengah yang terlibat ialah SMK Luar Bandar No. 1 Sibu,  SMK Song,  SMK Katibas,  SMK Jalan Oya,  SMK Durin,  SMK Agama Sibu,  SMK Rosli Dhoby dan SMK Bawang Asan.  Program ini bertujuan untuk membina keberkesanan pengawas asrama dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas di asrama dalam usaha memberi impak yang positif dalam pembangunan diri,  rakan dan sekolah.  Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang program pemantapan ini.  Maklumat lanjut mengenai jadual program boleh didownload pada bahagian berikut. (Download jadual program )  Download juga jawatankuasa program peringkat sekolah.

Motivasi Tingkatan 6 atas tahun 2014

Motivasi ini diuruskan oleh Guru kaunseling Cikgu Louis Pasu.  Diadakan pada 20.4.2014.  Seramai 29 orang pelajar tingkatan 6 atas yang terlibat.  Motivasi ini bertujuan untuk menaikkan semangat juang pelajar untuk belajar dan berusaha meningkatkan pencapaian diri dalam akademik,  kokurikulum dan sahsiah.  Motivasi ini juga disampaikan oleh PK HEM Cikgu Hassan Bin Samu,  Ketua Bidang Bahasa Cikgu Busang.

Monday, 14 April 2014

Risk from smoking



 

How stress affects the body